Showing posts with label Perlawanan Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Perlawanan Antarabangsa. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

Lampard akur kekecewaan peminat England

“Secara ikhlas kami belum bermain hebat untuk England seperti dipamerkan ketika mewakili Chelsea dan Liverpool sejak dua musim lalu,” kata pemain tengah England, Frank Lampard mengenai gandingannya bersama Steven Gerrard yang kurang menyerlah ketika beraksi di pentas antarabangsa.

Frank Lampard akur betapa benar hakikat disuarakan peminat bahawa dia dan Steven Gerrard kerap gagal untuk menjelmakan prestasi baik seperti dipamerkan ketika mewakili kelab masing-masing apabila beraksi untuk skuad bola sepak England.

Jelas, kegagalan dua pemain bertaraf dunia itu bergandingan di pentas antarabangsa untuk pasukan yang sama lebih kerap menerbitkan rasa kecewa kepada peminat England dan juga pengurus pasukan sebelum ini.

“Saya berasa jika kami beraksi baik, England sudah dapat layak ke Euro 2008,” kata pemain tengah itu menjelang pertemuan pasukan negaranya menentang Kazakhstan dalam kelayakan Piala Dunia, Kumpulan Enam di Stadium Wembley, Sabtu ini.

Lampard menegaskan dia dan Gerrard perlu menghentikan perasaan bimbang memikirkan mengenai individu dan bermain bersama dengan cara terbaik jika diminta pengurusan pasukan.

Gerrard tidak beraksi kerana kecederaan ketika England menewaskan Croatia 4-1 di Zagreb, bulan lalu yang menyaksikan Lampard menggalas peranan lebih penting daripada apa dilakukan lazimnya bersama skuad negara.

Thursday, February 7, 2008

Keputusan perlawanan terkini

Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

England raih kemenangan pertama di bawah Capello

Pasukan Three Lions menang tipis 2-1 ke atas Switzerland

FABIO Capello meraikan kemenangan pertamanya selaku jurulatih baru England selepas pasukan Three Lions itu menewaskan tuan rumah Kejohanan Eropah, 2-1 dalam aksi bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Bagaimanapun untuk jangka panjang skuad tersebut perlu lebih banyak bekerja keras terutama teknik permainan dan kelemahan hantaran yang kurang kurang tepat.

Gol daripada Jermaine Jenas dan pemain gantian, Shaun Wright-Philips memastikan kemenangan sulung Capello buat England. Jurulatih dari Itali itu ternyata gembira dengan anak buahnya yang banyak melakukan serangan.

"Saya lihat sesetengah pemain bermain agak baik dengan kelab masing-masing, namun mereka agak gementar sedikit dengan tekanan peminat (malam ini). Bagaimanapun ini baru di peringkat permulaan, banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan (untuk meningkatkan pasukan ini)," ujar Capello.

Sementara itu penyerang Spurs, Jermain Jenas ternyata lebih gembira berbanding rakannya yang lain terutama jaringan sulungnya di peringkat antarabangsa dan negaranya.

"Perlawanan yang akan diingati, gol pertama saya di Wembley, anda mampu melakukan kejutan jika anda tidak disenarai sebagai skuad utama," katanya.

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa

Keputusan Perlawanan


Georgia
Moldova
Cyprus
Macedonia
Armenia
Hungary
Turki
Israel
Malta
Slovenia
Greece
Croatia
Poland
Austria
Rep Ireland
Itali
Ireland U
Wales
England
Sepanyol

1 - 3
1 - 0
1 - 1
1 - 1
0 - 2
1 - 1
0 - 0
1 - 0
0 - 1
1 - 2
2 - 1
0 - 3
2 - 0
0 - 3
0 - 1
3 - 0
0 - 1
3 - 1
2 - 1
1 - 0

Latvia
Kazakhstan
Ukraine
Serbia
Iceland
Slovakia
Sweden
Romania
Belarus
Denmark
Finland
Belanda
Rep Czech
Jerman
Bulgaria
Norway
Brazil
Portugal
Switzerland
Perancis



Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Wednesday, February 6, 2008

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2010

Qatar tewas 0-3 perlawanan pembukaan

AUSTRALIA memulakan aksi perlawanan Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia dengan langkah kanan apabila menang bergaya ke atas Qatar 3-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Telstra Dome, petang ini. Semua gol dijaringkan pada babak pertama.

Skuad The Socceroos tidak menunggu lama untuk mendahului apabila penyerangnya, Joshua Kennedy menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11. Selang enam minit kemudian Australia mendahului 2-0 hasil jaringan pemain tengahnya, Tim Cahill.

Marco Bresciano melengkapkan kemenangan Socceroos dengan jaringan di minit ke-33 untuk memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah. Satu lagi perlawanan Kumpulan A melibatkan perlawanan antara Iraq dan China yang bermula 8.30 malam ini.

Greece tewaskan Republik Czech 1-0

PENYERANG kelab Panathinaikos, Dimitrios Salpigidis menjaringkan gol tunggal bagi membantu juara Eropah, Greece menewaskan Republik Czech 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Cyprus, malam tadi.

Dimitrios yang masuk sebagai pemain gantian menyambut baik hantaran lintang Nicos Lymperopoulos sebelum membuat percubaan leret menewaskan penjaga gol lawan, Jaromir Blazek di minit ke-78.

Bagaimanapun Republik Czech terlepas peluang terbaik untuk mendahului di separuh masa pertama apabila pemain tengahnya, Lubos Kalouda membuat hantaran lintang cantik kepada rakannya, Martin Fenin. Bagaimanapun Fenin yang hanya berdepan penjaga gol lawan gagal membuat percubaan tepat.

Kemenangan tersebut mengulangi kejayaan bersejarah Greece ke atas Republic Czech di Pusingan Separuh Akhir Kejohanan Eropah empat tahun lalu, juga dengan jumlah jaringan serupa seterusnya menempa sejarah muncul sebagai Juara Eropah buat pertama kali.

Hari ini 28 perlawanan berlangsung termasuk melibatkan juara dunia, Itali yang menghadapi Portugal serta juara dunia lima kali, Brazil bertemu Ireland.

Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Tuesday, February 5, 2008

Impian Agbonlahor berkecai

England lwn Switzerland (Khamis, 7 Feb 2008 - 4.00 pagi)

Hasrat wakili England buat pertama kali tidak kesampaian


HASRAT penyerang muda Aston Villa untuk menyarung jersi England di bawah jurulatih baru, Fabio Capello tidak kesampaian apabila mengalami kecederaan sewaktu perlawanan Liga Perdana England menentang Fulham dua hari lalu.

Agbonlahor, pemain yang mendapat perhatian pengurus berbangsa Itali dan telah disenarai untuk menghadapi perlawanan menentang Switzerland esok, mengalami kejang otot dalam perlawanan tersebut. Tempatnya akan diambil oleh bekas penyerang baru Tottenham Hotspurs, Jermain Defoe, yang kini bersama kelab baru, Portsmouth. KLIK DI SINI UNTUK BACAAN LANJUT