Pasukan Three Lions menang tipis 2-1 ke atas Switzerland
FABIO Capello meraikan kemenangan pertamanya selaku jurulatih baru England selepas pasukan Three Lions itu menewaskan tuan rumah Kejohanan Eropah, 2-1 dalam aksi bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Bagaimanapun untuk jangka panjang skuad tersebut perlu lebih banyak bekerja keras terutama teknik permainan dan kelemahan hantaran yang kurang kurang tepat.
Gol daripada Jermaine Jenas dan pemain gantian, Shaun Wright-Philips memastikan kemenangan sulung Capello buat England. Jurulatih dari Itali itu ternyata gembira dengan anak buahnya yang banyak melakukan serangan.
"Saya lihat sesetengah pemain bermain agak baik dengan kelab masing-masing, namun mereka agak gementar sedikit dengan tekanan peminat (malam ini). Bagaimanapun ini baru di peringkat permulaan, banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan (untuk meningkatkan pasukan ini)," ujar Capello.
Sementara itu penyerang Spurs, Jermain Jenas ternyata lebih gembira berbanding rakannya yang lain terutama jaringan sulungnya di peringkat antarabangsa dan negaranya.
"Perlawanan yang akan diingati, gol pertama saya di Wembley, anda mampu melakukan kejutan jika anda tidak disenarai sebagai skuad utama," katanya.
Thursday, February 7, 2008
England raih kemenangan pertama di bawah Capello
Artikel BolaCyber at 7:26 AM
Kategori: England, Perlawanan Antarabangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment