PENYERANG kelab Panathinaikos, Dimitrios Salpigidis menjaringkan gol tunggal bagi membantu juara Eropah, Greece menewaskan Republik Czech 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Cyprus, malam tadi.
Dimitrios yang masuk sebagai pemain gantian menyambut baik hantaran lintang Nicos Lymperopoulos sebelum membuat percubaan leret menewaskan penjaga gol lawan, Jaromir Blazek di minit ke-78.
Bagaimanapun Republik Czech terlepas peluang terbaik untuk mendahului di separuh masa pertama apabila pemain tengahnya, Lubos Kalouda membuat hantaran lintang cantik kepada rakannya, Martin Fenin. Bagaimanapun Fenin yang hanya berdepan penjaga gol lawan gagal membuat percubaan tepat.
Kemenangan tersebut mengulangi kejayaan bersejarah Greece ke atas Republic Czech di Pusingan Separuh Akhir Kejohanan Eropah empat tahun lalu, juga dengan jumlah jaringan serupa seterusnya menempa sejarah muncul sebagai Juara Eropah buat pertama kali.
Hari ini 28 perlawanan berlangsung termasuk melibatkan juara dunia, Itali yang menghadapi Portugal serta juara dunia lima kali, Brazil bertemu Ireland.
Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:
Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini
Wednesday, February 6, 2008
Greece tewaskan Republik Czech 1-0
Artikel BolaCyber at 1:09 PM
Kategori: Keputusan, Perlawanan Antarabangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment