Sunday, March 16, 2008

Liga Sepanyol: Madrid terus dirundung malang


GOL sendiri daripada pemain pertahanan, Pepe menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah, Deportivo La Coruna ketika kelab itu membenam juara bertahan Liga Sepanyol, Real Madrid di Riazor pada saingan awal pagi tadi.

Real Madrid yang kecundang kepada AS Roma pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu bagaimanapun kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 62 mata daripada 28 perlawanan, lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Barcelona.

Bagaimanapun skuad bimbingan Frank Rijkaard itu berupaya mengurangkan jurang mata andai menewaskan Almeria, awal pagi esok.

Gol tunggal perlawanan itu hadir susulan gerakan Felipe yang melepasi pemain Madrid, Miguel Torres. Felipe yang cuba menghantar bola kepada rakan sepasukannya bagaimanapun berjaya ditahan Pepe, sayangnya bola berkenaan menerjah ke gawang Marid tanpa diduga penjaga golnya, Iker Casillas.

Thursday, March 6, 2008

Liga Juara: Chelsea mara suku akhir dengan bergaya


Chelsea (3) lwn Olympiacos (0)

(Chelsea menang aggregat 3-0)


CHELSEA menuruti jejak langkah dua kelab England, Manchester United dan Arsenal untuk melangkah ke suku akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan wakil Greece, Olympiacos 3-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Michael Ballack, Frank Lampard masing-masing menjaringkan satu gol pada babak pertama sebelum pemain antarabangsa Ivory Coast, Salomon Kalou melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah pada awal babak kedua bagi memastikan cita-cita kelab itu merangkul tiga piala musim ini dalam laluan yang betul.

Kemenangan itu bermakna tiga kelab teratas England menguasai sepenuhnya saingan musim ini selepas pendahulu, Arsenal dan pasukan tangga kedua, Manchester United turut mara selepas menyingkirkan lawan masing-masing pada perlawanan semalam.

Manakala satu lagi kelab Inggeris, Liverpool yang akan menentang juara Itali, Inter Milan tidak beraksi pagi tadi kerana bertembung dengan jadual Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di Anfield.

Perlawanan di Stamford Bridge ternyata milik tuan rumah sepenuhnya. Dengan menurunkan barisan terbaiknya, kecuali penjaga gol utama, Petr Cech yang mengalami kecederaan, Chelsea menguasai permainan dari segenap sudut.

Kelab London itu tidak menunggu lama untuk menunjukkan taringnya. Lima minit perlawanan bermula, skuad bimbingan Avram Grant telah pun berada di depan apabila tandukan pemain tengahnya, Michael Ballack menerjah masuk ke gawang pelawat.

Chelsea menggandakan jaringan 20 minit kemudian. Kali ini giliran Frank Lampard memanfaatkan kesilapan penjaga gol Olympiacos, Nikopolidis yang gagal menyelamatkan percubaan Ballack dengan baik, sebelum pemain England itu menolak masuk untuk gol kedua tuan rumah.

Seperti babak pertama, Olympiacos sekali lagi tergamam apabila gawang mereka telah pun dibolosi selepas tiga minit permainan babak kedua bersambung menerusi Salomon Kalou.

Kemenangan itu ternyata melegakan jurulatih Chelsea, Grant yang banyak menerima kritikan akhir-akhir ini yang dikatakan gagal memikat pemain dan peminat-peminta The Blues sejak menggantikan Mourinho tahun lalu.

Undian untuk pusingan suku akhir dan separuh akhir akan diadakan di Switzerland pada minggu depan, selepas perlawanan Inter Milan dan Liverpool berlangsung.

Liga Juara Eropah: Real Madrid, Porto tersingkir


Real Madrid (1) lwn AS Roma (2)
(AS Roma menang aggregat 4-2)

FC Porto (1) lwn Schalke 04 (0)
(Schalke menang penalti 4-1 )


DUA pasukan bekas juara, FC Porto dan Real Madrid gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila disingkirkan oleh Schalke dan AS Roma pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Kedua-duanya tersingkir dari kejohanan dengan cerita yang hampir sama. Kegagalan itu berlaku di hadapan penyokong sendiri dengan kedua-dua kelab bermain dengan 10 pemain. Bagaimanapun Porto tewas kepada Schalke menerusi penentuan penalti, selepas kelab Portugal itu menang 1-0 dalam 90 minit perlawanan sebenar untuk menyamakan aggregat 1-1.

Bagaimanapun tiada sebarang gol dapat dihasilkan walaupun Porto beraksi dengan 10 pemain pada keseluruhan masa tambahan untuk memaksa perlawanan ditentukan menerusi tendangan penalti.

Penjaga gol, Manuel Neuer muncul wira Schalke apabila menyelamatkan tiga tendangan berturut-turtu daripada pemain Porto untuk mengesahkan kemenangan kelab Jerman itu dengan keputusan 4-1.

Gergasi Sepanyol, Real Madrid turut menerima nasib sama apabila tewas kepada AS Roma. Kekalahan Madrid lebih pahit kerana tewas 2-1 di hadapan penyokong sendiri selepas perlawanan pertama di Roma juga berkesudahan dengan keputusan sama.

Kesukaran Madrid mula terasa apabila pertahanannya, Pepe diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-71 kerana mengasari Mirko Vucinic.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Roma apabila dua minit selepas itu mereka berjaya memecah kebuntuan gol menerusi pemain tengahnya, Rodrigo Taddei.

Bagaimanapun ketua pasukan Madrid, Raul Gonzalez memberikan kelegaan buat tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas gol sulung Roma.

Namun begitu, Roma kembali mendahului tuan rumah apabila tandukan Vucinic pada masa kecederaan yang berpunca daripada sepakan percuma Christian Panucci gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Iker Casillas untuk memastikan kemenangan mutlak Roma dan membawa kelab itu mara ke suku akhir.

Wednesday, March 5, 2008

Keputusan perlawanan Liga Juara Eropah

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Piala FA (Malaysia)

KLIK DI SINI

Jadual Perlawanan Bola Sepak Terkini

KLIK DI SINI

Tuesday, March 4, 2008

Liga Juara-Juara: Kunjungan sukar Celtic

Barcelona (3) lwn Celtic (2)
(Nou Camp, 3.45 pagi esok)


SEKALI pun berada dalam tekanan ekoran kekalahan memalukan kepada Atletico Madrid 4-2 dalam saingan Liga Sepanyol beberapa hari lalu, namun pengurus Barcelona, Frank Rijkaard yakin anak buahnya mampu menjinakkan Celtic dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Tambahan pula skuad Catalan itu bakal menerima sokongan padu daripada penyokong setianya di gelanggang keramat mereka, Nou Camp. Tuan rumah juga beroleh kelebihan selepas memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 3-2 di tempat lawan.

"Kini, kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan menentang Celtic dan perlu bekerja keras untuk mengekalkan kemenangan yang kami raih pada perlawanan pertama lalu," kata Rijkaard.

"Kami perlu berjaya untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan serupa ini, terutama apabila kami menguasai permainan," tokok pemain tengahnya Xavi selepas perlawanan dengan Atletico.

"Ia cerita lama dan kami akan menerima padah jika kami terus melakukan kesilapan. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bermain lebih agresif. Dengan separuh peluang mereka menyumbatkan dua gol kilat ke atas kami," tambahnya.

Bagaimanapun jika tidak berhati-hati, Celtic bakal mengambil kesempatan berikutan kegoyahan di barisan pertahanan Barca. Siapa tahu kejutan besar mungkin boleh berlaku di Nou Camp pagi esok!

Liga Juara-Juara: Man U - Lyon

Manchester United (1) lwn Olympique Lyon (1)
(Old Trafford, 3.45 pagi esok)

GOL lewat menerusi Carlos Tevez memberikan United sedikit kelebihan menjelang perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford, awal pagi esok.

Melepaskan gol penyamaan di minit akhir perlawanan bakal menyulitkan hasrat Lyon untuk melangkah ke peringkat seterusnya, tambahan pula United tidak pernah tewas kepada mana-mana kelab Perancis pada Kejohanan Eropah di padang sendiri.

United juga mempunyai rekod cemerlang di Old Trafford pada kempen Liga Juara-Juara musim ini. Skuad bimbingan Alex Ferguson itu hanya dibolosi sekali sahaja dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan di tempat sendiri musim ini.

Dan, dengan peraturan jaringan di tempat lawan, United akan turun di Old Trafford sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

Jadual perlawanan hari ini - 4 Mac 2008

Sila Klik Link Di Bawah Untuk Jadual Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Jadual EPL
Jadual Piala Dunia
Jadual Liga Juara Eropah
Jadual Liga Sepanyol
Jadual Liga Itali
Jadual Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Monday, March 3, 2008

Keputusan perlawanan bola sepak - 2 Mac 2008

Liga Perdana Inggeris

Bolton
Everton

1 - 3
3 - 1

Liverpool
Portsmouth

Liga Primera Sepanyol

Getafe
Levante
R Betis
Valladolid
Villarreal
Almeria

3 - 3
2 - 1
4 - 0
0 - 1
0 - 0
1 - 1

Mallorca
Zaragoza
R Murcia
Racing
Osasuna
Ath Bilbao

Serie A Itali

Cagliari
Empoli
Juventus
Livorno
Reggina
Sampdoria
Udinese
Napoli

2 - 1
0 - 2
2 - 3
1 - 0
0 - 0
2 - 2
2 - 0
1 - 0

Genoa
Siena
Fiorentina
Catania
Palermo
Torino
Atalanta
Inter M

Bundesliga Jerman

Bochum
Hamburg

2 - 0
4 - 1

Leverkusen
Frankfurt

Liga Perancis

St-Etienne
Bordeaux

0 - 0
3 - 0

Nice
Paris SG


Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Sunday, March 2, 2008

Keputusan Perlawanan Bola Sepak - 1 Mac 2008

Liga Perdana Inggeris

Arsenal
Birmingham
Derby County
Fulham
Mid.brough
Newcastle
West Ham
Man City

1 - 1
4 - 1
0 - 0
0 - 3
0 - 1
0 - 1
0 - 4
0 - 0

Aston Villa
Tottenham
Sunderland
Man United
Reading
Blackburn
Chelsea
Wigan

Liga Primera Sepanyol

At Madrid
Deportivo
Recreativo
Espanyol

4 - 2
2 - 1
2 - 3
2 -0

Barcelona
Sevilla
R Madrid
Valencia

Serie A Itali

AS Roma
AC Milan

4 - 0
1 - 1

Parma
Lazio

Bundesliga Jerman

Hertha BSC
E Cottbus
Hannover
H Rostock
Karlsruhe
Schalke
W Bremen

2 - 0
Tunda
2 - 1
1 - 1
3 - 1
0 - 1
2 - 0

Duisburg
Stuttgart
Nurnberg
Arminia
Wolfsburg
B Munich
B Dortmund

Liga Perancis

Lille
Le Mans
Lens
Lorien
Marseille
Metz
Monaco
Sochaux

0 - 1
0 - 1
1 - 1
0 - 0
2 - 1
2 - 1
0 - 0
0 - 0

BLyon
Strasbourg
Toulouse
Nancy
Auxerre
Caen
Valencien
Rennes


Sila Klik Link Di Bawah Untuk Keputusan Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Keputusan EPL
Keputusan Piala Dunia
Keputusan Liga Juara Eropah
Keputusan Liga Sepanyol
Keputusan Liga Itali
Keputusan Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Keputusan Perlawanan EPL - 1 Mac

Sila Klik Di Sini Untuk Keputusan EPL Terkini

Saturday, March 1, 2008

Jadual Perlawanan Bola Sepak - 2 Mac 2008

Sila Klik Link Di Bawah Untuk Jadual Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Jadual EPL
Jadual Piala Dunia
Jadual Liga Juara Eropah
Jadual Liga Sepanyol
Jadual Liga Itali
Jadual Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini

Jadual Perlawanan Bola Sepak - 1 Mac 2008

Liga Perdana Inggeris

Arsenal
Birmingham
Derby C
Fulham
Mid.brough
Newcastle
West Ham
Man City

11.00 mlm
11.00 mlm
11.00 mlm
11.00 mlm
11.00 mlm
11.00 mlm
11.00 mlm
1.15 pg esok

Ast Villa
Tottenham
Sunderland
Man United
Reading
Blackburn
Chelsea
Wigan

Liga Primera Sepanyol

At Madrid
Deportivo
Recreativo
Espanyol

3 pg esok
3 pg esok
3 pg esok
5 pg esok

Barcelona
Sevilla
R Madrid
Valencia

Serie A Itali

AS Roma
AC Milan

1.00 pg esok
3.30 pg esok

Parma
Lazio


Sila Klik Link Di Bawah Untuk Jadual Perlawanan Bola Sepak Terkini:

Jadual EPL
Jadual Piala Dunia
Jadual Liga Juara Eropah
Jadual Liga Sepanyol
Jadual Liga Itali
Jadual Piala Malaysia
Klik Di Sini Untuk Jadual Perlawanan Terkini
Klik Di Sini Untuk Keputusan Bola Terkini