Wednesday, February 13, 2008

Saingan kalah mati Piala UEFA bermula

Lima kelab Jerman ketuai saingan

PENDAHULU Bundesliga, Bayern Munich mengetuai senarai kelab-kelab elit Eropah bagi merebut piala UEFA yang memasuki pusingan pertama peringkat kalah mati bermula awal pagi esok.

Beberapa nama besar kelab Eropah lain termasuk, PSV Eindhoven (Belanda), Rangers (Scotland), Sporting Lisbon (Portugal), Marseille (Perancis) serta Werder Bremen (Jerman).

Bagaimanapun Munich yang akan bertandang ke Aberdeen hanya akan beraksi awal pagi lusa bersama kelab senegara, Hamburger yang berkunjung ke Zurich, Switzerland.

Jerman mempunyai wakil paling banyak yang beraksi dalam saingan kalah mati Piala UEFA iaitu lima kelab diikuti Sepanyol, England dan Portugal yang masing-masing mempunyai tiga wakil.

Piala UEFA adalah kejohanan kedua terbesar peringkat kelab Eropah selepas kejohanan elit, Liga Juara-Juara.

No comments: