Sunday, February 10, 2008

Liga Sepanyol: Barcelona makin tertekan

Sevilla sekat hajat Barca untuk rapati Real Madrid

BARCELONA yang mempunyai peluang merapatkan jurang mata kepada pendahulu, Real Madrid gagal mengutip tiga mata penuh apabila diikat 1-1 oleh pasukan liat, Sevilla dalam aksi bola sepak Liga Primera Sepanyol, awal pagi tadi.

Sebaliknya, Sevilla terlebih dahulu berada di depan dengan jaringan penyerangnya, Diego Capel pada minit ke-34.

Skuad Catalan itu yang ketinggalan enam mata sebelum perlawanan pagi tadi gagal menemui sasaran walaupun menguasai sebahagian besar permainan.

Gol yang dicari-cari akhirnya muncul juga menerusi pemain tengah, Xavi Hernandez selepas menerima umpanan penyerang muda Argentina, Lionel Messi kira-kira 15 minit sebelum permainan tamat.

Kekalahan itu tentunya khabar gembira buat musuh ketatnya, Real Madrid yang menerima kunjungan Valladolid awal pagi esok.

Jika Real mampu menang, pasukan itu akan meninggalkan Barcelona dengan lapan mata di belakang.

KEPUTUSAN & LAPORAN LIGA PERDANA INGGERIS KLIK DI SINI

No comments: