Thursday, February 14, 2008

Liga Itali: Livorno gagalkan hasrat Milan kutip mata penuh

AC Milan 1 Livorno 1

AC MILAN gagal memintas pasukan tangga keempat, Fiorentina selepas diikat 1-1 oleh kelab bawahan, Livorno pada perlawanan bola sepak Liga Serie A Itali di San Siro, awal pagi tadi.

Sekalipun Milan menguasai sebahagian besar perlawanan, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain tengahnya, Nico Pulzetti pada minit ke-50. Tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Andrea Pirlo sepuluh minit kemudian.

Walaupun bertubi-tubi membuat asakan ke kubu pelawat, skuad Ancelotti gagal menembusi gawang pelawat yang dikawal Marco Amelia. Keputusan itu menyaksikan Milan kekal berada di tangga kelima carta liga dengan 37 mata, satu mata di belakang Fiorentina.

No comments: