Tuesday, February 5, 2008

Kehebatan Adebayor pikat kelab Eropah

Wenger bimbang Adebayor ikut jejak Henry

SELEPAS kehilangan penyerang terhebatnya, Thiery Henry yang beralih angin ke kelab Barcelona, Arsene Wenger mungkin berdepan situasi sama untuk mengekalkan penyerangnya, Emmanuel Adebayor di Arsenal.

Reputasi penyerang Togo itu semakin memuncak akhir-akhir ini termasuk aksi cemerlangnya membantu The Gunners menamatkan rekod tanpa kalah Manchester City di gelanggang sendiri dengan kejayaan 3-1.

Kemenangan itu sudah pastinya amat penting bagi Arsenal selepas pencabar terdekat, Manchester United diikat Tottenham Hotspurs 1-1 sekali gus menyaksikan skuad Wenger itu mendahului Liga Perdana England dengan kelebihan dua mata.

Meskipun gembira dengan sumbangan pemain berusia 23 tahun itu, Wenger bagaimanapun sudah berada dalam kebimbangan masa depan penyerangnya itu di Arsenal. KLIK DI SINI UNTUK BACAAN LANJUT

No comments: