Kekalahan mengejut Real Madrid buka peluang Barca rapat kedudukan
BARCELONA memperoleh khabar gembira apabila pendahulu liga, Real Madrid tewas mengejut di tangan Almeria 0-2 dalam saingan Liga Primera Sepanyol, awal pagi tadi, sekaligus meranapkan rekod lapan kemenangan berturut-turut gergasi Sepanyol itu.
Skuad bimbingan Frank Rijkaard itu yang ketinggalan sembilan mata dengan Madrid boleh mengurangkan jurang mata kepada enam seandainya mereka mampu menewaskan Osasuna awal pagi esok.
Real yang kali terakhir tewas kepada Sevilla November lepas, kekal sembilan mata mengatasi pencabar utama Barcelona yang masih mempunyai baki satu permainan.
Jaringan babak pertama pemain pertahanan, Juanito serta sepakan penalti bekas pemain Real, Alvaro Negredo seminit selepas rehat menghadiahkan Almeria kejayaan terbesar dalam sejarah kelab mereka selepas membuat penampilan pertama dalam liga utama Sepanyol itu.
"Saya tidak bimbang dengan keadaan ini. Kekalahan ini membuktikan bahawa liga ini sangat kompetitif dan sebab itu ia adalah liga yang terbaik di Eropah." kata jurulatih Real, Bernd Schuster.
Sunday, February 3, 2008
Liga Primera Sepanyol: Barca dapat khabar gembira
Artikel BolaCyber at 8:36 AM
Kategori: Liga Sepanyol, Real Madrid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment