Thursday, February 14, 2008

Everton cemerlang di Eropah

Brann Bergen 0 Everton 2

EVERTON mengekalkan rekod cemerlang dalam pertandingan Eropah musim selepas menewaskan wakil Norway, Brann Bergen 2-0 di tempat lawan, dalam saingan bola sepak pusingan kalah mati Piala UEFA awal pagi tadi.

Pasukan David Moyes itu turun tanpa tonggak tengah, Mokel Arteta yang mengalami kecederaan dan meletakkan Manuel Fernandes sebagai pengganti, manakala Andy Johnson dan Aiyegbeni Yakubu bergandingan di bahagian serangan.

Pelawat yang menguasai hampir 2/3 permainan mendahului menerusi jaringan Leon Osman pada minit ke-59 sebelum pemain gantian, Victor Anichebe menggandakan jaringan dua minit sebelum permainan sebenar tamat.

Turut menang wakil Jerman, Werden Bremen yang menumbangkan Braga 3-0, manakala Marseille menumpaskan wakil Russia, Spartak Moscow juga 3-0. PSV Eindhoven dan Sporting Lisbon pula menang 2-0 ke atas lawan masing-masing.

Bagaimanapun kelab Sepanyol, Villareal tewas kepada Juara Russia, Petersburg 0-1 di tempat lawan.

No comments: