Menjelang perlawanan akhir Kejohanan Piala Negara Afrika 2008
JUARA bertahan, Mesir menaruh keyakinan bahawa mereka mampu menewaskan Cameroon pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Afrika Ahad (pagi Isnin) ini sekaligus mempertahankan gelaran pasukan terbaik benua itu.
Keyakinan itu diluahkan penolong jurulatih Mesir, Shawky Gharib berdasarkan kemampuan pasukannya mengalahkan juara empat kali itu pada saingan peringkat kumpulan, dua minggu lalu.
Kedua-dua pasukan berada dalam satu kumpulan pada saingan awal dengan keputusan memihak kepada penyandang juara itu 4-2.
Pada aksi separuh akhir awal pagi tadi pasukan itu sekali lagi menunjukkan belangnya apabila menewaskan negara yang beraksi pada Piala Dunia 2006, Ivory Coast 4-2.
Mesir juga menewaskan pasukan sama untuk menjulang mahkota kejuaraan kelima semasa menjadi tuan rumah dua tahun lalu, juga dengan situasi sama di mana mereka berada sekumpulan dengan Ivory Coast dan bertemu semula pada perlawanan akhir.
"Kami akan memastikan gelaran milik kami, situasinya sama seperti tahun 2006 dulu. Kami berada satu kumpulan dengan Ivory Coast, dan bertemu semua di final, kali ini Mesir dan Cameroon berada dalam satu kumpulan dan kami bertemu mereka di final sekali lagi.
"Kami telah bertemu banyak kali dengan mereka, mereka mempunyai ramai pemain handalan, pemain yang lebih terkenal, kami menghormati mereka, tapi kali ini peluang kami, saya akan pastikan piala ini kekal milik kami" kata Gharib.
Friday, February 8, 2008
Mesir optimis pertahan gelaran
Artikel BolaCyber at 4:01 PM
Kategori: Piala Negara Afrika 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment