Real Madrid 7 Valladolid 0
Ath. Bilbao 1 Levante 0
Espanyol 1 Rec. Huelva 2
Mallorca 0 Almeria 0
Osasuna 1 Zaragoza 0
Santander 0 Atletico Madrid 2
Valencia 3 Real Betis 1
REAL Madrid yang beroleh manfaat hasil keputusan seri pesaing terdekatnya, Barcelona semalam mencatat kemenangan besar dengan membelasah pasukan pertengahan liga, Valladolid 7-0 termasuk empat gol dalam tempoh 13 minit terakhir babak pertama.
Pemain veteran, Raul Gonzalez dan Jose Maria Guti masing-masing menyumbat dua gol, manakala tiga lagi gol disumbang oleh penyerang Brazil, Julio Baptista, bekas pemain Chelsea, Arjen Robben dan pemain pertahanan, Royston Drenthe.
Selepas diaibkan dengan kekalahan mengejut oleh pendatang baru, Almeria minggu lalu, Madrid beroleh momentum sebelum perlawanan ekoran kegagalan musuh ketatnya, Barcelona memungut mata penuh ketika berkunjung ke Sevilla, semalam.
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila penyerangnya, Julio Baptista membuka tirai jaringan sembilan minit permainan bermula, setelah menerima umpanan pemain sayap Belanda, Arjen Robben.
Selepas setengah jam beraksi, barisan serangan Madrid mula menunjukkan taringnya dengan ketua pasukan, Raul menemui sasaran di minit ke-31 selepas memperdaya penjaga gol diikuti Robben dua minit kemudian hasil serangan balas pantas dari sebelah kiri.
Raul sekali lagi berjaya merobek gawang pelawat pada minit ke-39 berpunca daripada sepakan penalti setelah Julio Baptista dijatuhkan oleh Sergio Asenjo untuk gol peribadi ke-11 beliau dalam liga musim ini dan Jose Guti melengkapkan babak pertama dengan gol kelima tuan rumah seminit sebelum wisel penamat.
Menyedari kelebihan selesa dimiliki barisan pemain Real mula memperlahankan rentak permainan di babak kedua namun masih mampu menambah dua lagi gol juga menerusi Guti dan pemain tengah Belanda, Drenthe yang menutup malam gemilang Madrid sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.
Kemenangan itu kembali meletakkan Madrid selesa memimpin carta liga dengan kelebihan lapan mata mengatasi Barcelona.
No comments:
Post a Comment