Wednesday, February 6, 2008

Anugerah sepatutnya milik saya - Drogba

Nama Drogba dipotong kerana beliau enggan hadir

PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba melahir rasa terkilan dengan cara penganjuran anugerah Pemain Terbaik Tahunan oleh Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) yang bertembung dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Negara Afrika di Ghana.

Bintang Chelsea itu turut mendakwa anugerah berkenaan sepatutnya menjadi milik beliau, namun kerana keengganannya untuk hadir pada majlis berkenaan menyebabkan namanya digugurkan dan diberikan kepada pemain Mali, Frederic Kanoute.

Drogba berkata beliau bukan sengaja untuk tidak mahu menghadiri ke majlis tersebut tetapi beliau terpaksa beraksi untuk negaranya yang masih dalam perlawanan peringkat kumpulan (pada waktu itu) demi memastikan mereka layak ke suku akhir.

Lebih-lebih lagi katanya penganjuran majlis dibuat di Lome, Togo bukannya di Ghana.

"Saya mendapat panggilan telefon petang itu daripada pegawai tinggi CAF. Dia memberitahu jika saya tidak datang ia akan berubah dan anugerah itu akan diberikan kepada pemenang kedua, Frederic Kanoute. Kata-kata pegawai itu memeranjatkan saya," kata Drogba.

No comments: