AC Milan lwn Livorno (3.30 pagi esok)
KELAB gergasi Itali, AC Milang berpeluang cerah memperbaiki kedudukan dalam Liga Serie A Itali apabila menerima kunjungan kelab pertengahan, Livorno awal pagi esok.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu yang terumbang ambing pada permulaan musim kini menghuni tangga kelima dengan 36 dan akan memintas Fiorentina (38 mata) jika berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan di San Siro itu.
Tentunya Ancelotti tidak mahu mempersiakan peluang keemasan itu lebih-lebih tempat keempat adalah slot terakhir bagi kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu terlalu yakin memandangkan pasukan lawan itu juga semakin meningkat naik sejak dilatih Giancarlo Camolese.
Dengan beberapa tonggak utama yang dilanda masalah kecederaan termasuk pemain terbaik dunia, Kaka, kemungkinan besar Ancelotti menurunkan pemain muda yang menampilkan permainan cemerlang pada perlawanan terakhir, Alberto Paloschi di bahagian serangan.
"Dia (Paloschi) bermula dengan baik sekali, saya harap dia akan berterusan menunjukkan peningkatan. Memang menakjubkan untuk menyaksikan seorang pemain dalam belasan tahun berupaya menjaringkan gol dalam kancah saingan Serie A, tapi Paloschi berjaya melakukannya," kata Ancelotti.
Wednesday, February 13, 2008
Liga Itali: Peluang Milan pintas Fiorentina
Artikel BolaCyber at 11:22 PM
Kategori: AC Milan, Liga Itali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment