Friday, February 8, 2008

Mesir terlalu unggul buat Ivory Coast

Separuh akhir kedua: Mesir 4 Ivory Coast 1

JUARA bertahan, Mesir kian menghampiri gelaran keenam mereka apabila membenam Ivory Coast 4-1 pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Negara Afrika di Stadium Baba Yara, Kumasi, awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Mesir bertemu Cameroon pada perlawanan akhir Ahad ini (awal pagi Isnin). Pada perlawanan terdahulu Cameroon menewaskan tuan rumah 1-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Kekalahan tersebut meranapkan impian Ivory Coast untuk menebus kekalahan kepada Mesir pada final Kejohanan Piala Afrika dua tahun lalu di mana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan sebenar terikat tanpa jaingan.

Penyerang Mesir, Amr Zaki menjaringkan dua gol manakala Ahmed Fathi dan Mohamed Aboutriaka masing-masing menyumbang satu gol untuk membawa Mesir ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.
LAGI LAPORAN PIALA AFRIKA - KLIK DI SINI

No comments: