Liverpool bekum angkat bendera putih
SEKALIPUN ketinggalan 17 mata di belakang Manchester United dan Arsenal dalam Carta Liga Perdana Inggeris (EPL), pengurus Liverpool, Rafael Benitez enggan berputus asa untuk menyaingi dua kelab teratas itu.
Kekalahan kepada pasukan pertengahan liga, West Ham United 0-1 semalam menyaksikan Juara Eropah 2005 itu tercicir ke tangga ketujuh liga dengan 40 mata di bawah Manchester City, terlepas tiga tempat sepatutnya daripada empat pasukan teratas liga bagi mendapat kelayakan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Sekalipun dengan jurang mata yang agak besar pengurus berbangsa Sepanyol itu masih enggan mengaku kalah dalam perebutan memburu gelaran EPL pertama dalam tempoh 18 tahun.
Kedudukan Benitez kini tidak menentu selepas pemilik Liverpool mengakui mereka mengadakan pertemuan dengan bekas jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann dan tekanan terus menghimpit beliau selepas melalui kegagalan empat musim tanpa sebarang gelaran.
“Saya hanya memikirkan mengenai perlawanan selepas ini dan saya akan cuba mendapat tiga mata menentang Sunderland. Perlawanan kami selepas ini lebih realistik untuk difikirkan,” kata Benitez.
Keadaan lebih buruk Liverpool ialah pasukan jiran mereka, Everton, kini menduduki tangga keempat dengan pasukan kendalian David Moyes itu berada tiga mata di depan Liverpool.
“Ya, saya pasti kami akan layak. Kami akan meningkat,” katanya.
Bekas pengurus Valencia itu menegaskan hubungannya dengan pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat, Tom Hick dan George Gillett berada dalam keadaan baik dan dia diberikan masa yang sepatutnya untuk mengubah keadaan itu.
“Segala-galanya sudah dilupakan di belakang saya dan kita akan mula memikirkan mengenai kemenangan perlawanan. Kita akan cuba untuk memulakan kemenangan.
“Saya seorang pengurus dan saya memiliki pengalaman, jadi saya mesti memikirkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan supaya kita boleh memanfaatkan peluang kami dan menang perlawanan,” katanya.
Benitez gagal mengawal kemarahannya selepas diingatkan mengenai ketumpulan pasukannya pada musim 2008.
“Adakah anda memikirkan kami berhak tewas hari ini (semalam)? Kerana saya memikirkan kita berhak menang,” katanya membentak.
Friday, February 1, 2008
Bola Sepak Liga Perdana Inggeris
Artikel BolaCyber at 10:46 PM
Kategori: Liga Perdana Inggeris, Liverpool
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment