Kelantan kekalkan rekod tanpa kalah
KEDUDUKAN Liga Perdana bertukar tangan selepas perlawanan malam tadi yang menyaksikan KL Plus FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Johor Pasir Gudang (PG) untuk merampas kedudukan teratas daripada Kuala Muda yang dikejutkan pasukan Kelantan 1-0 di Kota Bharu.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, KL Plus mengejutkan tuan rumah dengan gol awal di minit keempat menerusi S Sumidran, namun berjaya disamakan oleh Otelo Ocampus Espinola setengah kemudian untuk kedudukan terikat 1-1 menuju waktu rehat.
Ketika kedua-dua pasukan dilihat bakal berkongsi satu mata, Andrian Dario menggamamkan penonton tuan rumah apabila percubaannya ketika waktu permainan berbaki tiga minit menerjah ke gawang lawan untuk memastikan pelawat pulang dengan tiga mata penuh sekaligus merampas kedudukan teratas liga sebaik mendapat khabar Kuala Muda tewas mengejut di Kota Bharu.
Sementara itu Kuala Muda Naza yang bertandang ke Kota Bharu dengan misi mempertahankan kedudukan teratas serta memadamkan rekod tanpa kalah tuan rumah gagal berbuat demikian apabila tewas tipis 0-1 hasil jaringan tunggal Zairul Fitree Ishak pada minit ke-30.
Kelantan yang mendapat sokongan kira-kira 20,000 penyokongnya berjaya mempertahankan kedudukan tersebut hingga wisel penamat sekalipun pasukan pelawat mengubah corak permainan mereka pada separuh masa kedua.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan muncul pasukan tunggal yang belum tewas dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Perlawanan lain menyaksikan pasukan tercorot, Melaka berjaya menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Muda menewaskan Shahzan Muda, 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan penyerang skuad Bawah-19 tahun negara, A. Thamilarasu pada minit ke-43 dan 73.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur berkongsi satu mata dengan Selangor PKNS selepas terikat 2-2. Perlawanan itu turut menyaksikan dua kad merah dilayangkan, pertama kepada pemain Kuala Lumpur, Azidan Sarudin pada minit ke-81 dan diikuti seminit kemudian, ketua pasukan Selangor PKNS, K Sanbagamaran.
Di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, pasukan Felda United mencatat kemenangan keempat mereka selepas berjaya menewaskan Proton FC 2-1.
Saturday, February 16, 2008
KL Plus rampas takhta liga, Kuala Muda tewas di Kota Bharu
Artikel BolaCyber at 5:56 AM
Kategori: Liga Malaysia - Liga Perdana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment