AC Milan 1 Siena 0
Catania 0 Inter 2
Torino 1 Juventus 2
KELAB gergasi Itali, Inter Milan mengekalkan kelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Bola Sepak Serie A Itali selepas menundukkan Catania, 2-0 di tempat lawan, awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah yang menguasai permainan babak pertama terpaksa akur dengan kehebatan barisan depan Inter yang memperolehi gol awal di minit ke-64 menerusi pemain Argentina, Esteban Cambiasso sekalipun ulang tayang televisyen menunjukkan pemain itu berada pada posisi offside.
Tiga minit kemudian pemain gantian, David Suazo menggandakan jaringan buat pelawat dan keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan juara bertahan itu selesa memimpin carta liga dengan kelebihan lapan mata daripada pasukan tangga kedua, AS Roma yang turut mencatat kemenangan dengan jumlah jaringan serupa ke atas Reggina, semalam.
Sementara itu pemain remaja AC Milan, Alberto Paloschi menyumbat gol tunggal perlawanan untuk kemenangan tipis juara Eropah itu ke atas Siena.
Kejayaan itu membolehkan juara Eropah itu mengekori rapat pasukan tangga keempat, Fiorentina yang bersaing merebut slot terakhir kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Kegagalan Fiorentina mengutip tiga mata penuh ketika berkunjung ke Atalanta semalam menyebabkan kedua-dua kelab itu hanya dipisahkan dua mata dengan Milan mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Jika skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu menang ke atas Livorno Rabu ini maka mereka akan merampas tempat Fiorentina dengan kelebihan satu mata.
Monday, February 11, 2008
Liga Itali: Inter menang selesa, Milan perkukuh kedudukan
Artikel BolaCyber at 10:09 PM
Kategori: AC Milan, Inter Milan, Liga Itali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment