Kerap gugup ketika berada dalam kotak penalti
BINTANG muda Brazil, Robinho mengakui dirinya masih banyak kelemahan terutama aspek menjaringkan gol walaupun telah dianggap sebagai antara pemain terkemuka dunia waktu ini.
Berbanding kehebatannya menggelecek pemain lawan, penyerang Real Madrid itu ternyata mempunyai kelemahan dalam aspek menjaringkan gol dan kerap kali gagal melakukan penyudah berkesan sekalipun dalam kawasan gol.
"Masih banyak lagi yang perlu saya tingkatkan," katanya di laman web Gabungan Bola Sepak Brazil.
Saya boleh bermain dengan lebih baik lagi, saya tahu sekali," tambahnya.
Robinho berkata beliau akan menjadi seorang pemain yang lebih baik lagi jika dapat menukar kehebatan geleceknya kepada membuat jaringan gol.
"Saya belum biasa membuat tendangan baik tetapi saya telah membaikinya selepas mengadakan latihan. Saya sedar bahawa saya tidak dilahirkan sebagai penjaring yang unggul, jadi saya perlu bekerja keras untuk mengatasinya," katanya.
Bagaimanapun beliau telah dijulang sebagai wira di sebalik kemenangan Brazil ke atas Ireland dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan di Dublin, Khamis lepas.
Pemain itu menunjukkan ketenangan untuk menjaringkan gol kemenangan Brazil, dengan menunggu detik yang tepat untuk merembat bola antara celah-celah kaki pemain pertahanan dan melewati penjaga gawang Ireland pada minit ke-67.
Saturday, February 9, 2008
Robinho usaha perbaiki kelemahan depan gol
Artikel BolaCyber at 8:52 PM
Kategori: Brazil, Pemain Terbaik, Robinho
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment