Tunisia heret Cameroon ke masa tambahan sebelum tewas
DUA pasukan pilihan, Mesir dan Cameroon mara ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Negara Afrika apabila menang tipis ke atas lawan masing-masing awal pagi tadi.
Penyandang juara, Mesir mara selepas menundukkan Angola 2-1 dengan semua gol dihasilkan pada babak pertama. Mesir mendahului melalui jaringan Hosni Abd Rabou pada minit ke-23 sebelum Alberto Manucho menyamakan kedudukan tiga minit kemudian. Kedua-dua pemain kini mengumpul empat gol untuk bersaing anugerah penjaring terbanyak kejohanan.
Gol kemenangan Mesir hadir di minit ke-38 melalui penyerangnya, Amr Zaky untuk memastikan negara itu kekal dalam saingan bagi mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu. Mesir bakal mengulangi perlawanan akhir edisi 2006 apabila diundi menentang Ivory Coast pada separuh akhir nanti.
Manakala Cameroon layak ke separuh akhir selepas berhempas pulas menundukkan Tunisia 3-2 yang berlanjutan hingga ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa sebenar tamat. Cameroon bakal berdepan tugas getir apabila berhadapan tuan rumah, Ghana di separuh akhir.
Tuesday, February 5, 2008
Bola Sepak Piala Afrika: Mesir, Cameroon mara
Artikel BolaCyber at 6:42 AM
Kategori: Keputusan, Piala Negara Afrika 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment