Tuan rumah tewas tipis 1-0
JUARA empat kali, Cameroon kini tinggal selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah menyamai pencapaian Mesir pada kejohanan Bola Sepak Piala Negara Afrika apabila mara ke final menyingkirkan tuan rumah, Ghana dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi.
Pemain gantian, Alain Nkong menjadi wira Cameroon apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan di minit ke-70 untuk meranapkan impian tuan rumah memburu kejuaraan kelima mereka.
Penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Samuel Eto'o berjaya melorongkan bola kepada Nkong sebelum pemain itu melepaskan sepakan menewaskan penjaga gol Ghana, Richard Kingson untuk jaringan kemenangan yang membawa Cameroon ke perlawanan akhir Ahad (awal pagi Isnin) ini.
Jika berjaya menjulang trofi bermakna Cameroon akan menyamai pencapaian juara bertahan, Mesir dengan lima trofi kejohanan.
Cameroon yang menjuarai kejohanan ini pada tahun 1984, 1988, 2000 dan 2002 bakal berdepan sama ada Ivory Coast atau Mesir pada perlawanan akhir nanti.
Mesir dan Ivory Coast beraksi pada satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Babayara, Kumasi.
LAGI LAPORAN PIALA AFRIKA - KLIK DI SINI
Friday, February 8, 2008
Cameroon hancurkan harapan Ghana
Artikel BolaCyber at 6:23 AM
Kategori: Piala Negara Afrika 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment