Man U, Chelsea, Everton sekadar seri
Arsenal beroleh kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Manchester City di tempat lawan malam tadi. Dengan kedua-dua pencabar terdekatnya, Manchester United dan Chelsea sekadar mengutip satu mata bermakna skuad Arsene Wenger itu mendahului carta liga dengan kelebihan dua mata. Manakala Chelsea ketinggalan enam mata di belakang.
Sebaliknya skuad Alex Ferguson bernasib baik apabila gol jaringan Carlos Tevez di minit-minit akhir permainan membolehkan pasukan pelawat itu menafikan tiga mata penuh buat tuan rumah, Tottenham Hotspurs yang mendahului menerusi Dimitar Berbatov pada minit ke-21. LAPORAN LANJUT KLIK DI SINI
Sunday, February 3, 2008
Liga Perdana Inggeris: The Gunners pintas United
Artikel BolaCyber at 8:16 AM
Kategori: Arsenal, Liga Perdana Inggeris
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment