Ekoran tujuh pemain dikena kad kuning dalam perlawanan menentang Spurs
JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United didenda sebanyak 25,000 pound (RM159,437.42) oleh Persatuan Bola Sepak England selepas tujuh pemainnya dilayangkan kad amaran ketika seri 1-1 dalam perlawanan menentang Tottenham Sabtu lalu.
Mengikut peraturan FA setiap kelab akan didenda jika enam atau lebih pemain mereka dikenakan kad kuning dalam satu-satu perlawanan.
Edwin van der Sar, Cristiano Ronaldo, Wes Brown, Nani, Nemanja Vidic, Wayne Rooney dan Carlos Tevez dilayangkan kad kuning pada perlawnan Liga Perdana England itu.
Jika enam atau lebih pemainnya dikenakan tindakan lagi dalam satu perlawanan musim ini, kelab itu akan berhadapan dengan denda 50,000 pound (RM318,822.97).
Wednesday, February 6, 2008
FA denda Manchester 25,000 pound
Artikel BolaCyber at 6:07 AM
Kategori: Liga Perdana Inggeris, Manchester United
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment