Logo 'baru' FAM timbulkan kontroversi
SEHARI dua ini para peminat bola sepak seluruh negara heboh dengan isu kontroversi berhubung 'logo FAM' kononnya adalah logo terbaru badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Ia menjadi isu setelah sebuah saluran sukan antarabangsa yang berpengkalan di Eropah tetapi mempunyai cawangannya di rantau ini menyiarkan (secara tidak sengaja) logo tersebut pada satu siaran berita yang kebetulan menemuramah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad secara langsung pada waktu itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut 'insiden memalukan' itu apa kata anda membaca berita di bawah yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini (16 Februari, halaman 32):
ESPN minta maaf dengan FAM
KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.
Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama ‘Persatuan Kenasepak Malaysia’ dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.
Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.
Penggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.
Saturday, February 16, 2008
Logo FAM terbaru?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment