Tuesday, February 12, 2008

Liga England: Arsenal kukuhkan cengkaman liga

Ke halaman utama (Klik)

Arsenal 2 Blackburn 0


The Gunners dahului liga lima mata mengatasi United

KELAB gergasi England, Arsenal mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga selepas menewaskan Blackburn 2-0 dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Gol kemenangan Arsenal dijaringkan oleh pemain pertahanan Switzerland, Philip Senderos menerusi tandukan pada minit keempat sebelum penggempur terbaiknya, Emmanuel Adebayor melengkapkan kemenangan tuan rumah di hujung masa kecederaan babak kedua selepas menerima umpanan Alexander Hleb.

Ekoran kemenangan itu The Gunners kini mendahului pencabar terdekatnya, Manchester United dengan kelebihan lima mata selepas skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu tewas mengejut kepada pasukan sejiran, Manchester City 1-2 dalam perlawanan sehari sebelumnya.

Skuad Arsene Wenger kini mendahului liga dengan mengumpul 63 mata, diikuti Manchester United (58), Chelsea (55) dan Everton (47).

No comments: