KETINGGALAN enam mata bukanlah jarak yang terlalu jauh bagi sebuah pasukan hebat seperti Barcelona, namun jurang itu mungkin akan menjadi lebih jauh andai gergasi Sepanyol itu memandang enteng lawan yang bakal mereka hadapi malam ini.
Dengan Real Madrid hanya akan turun beraksi esok, Barca berpeluang untuk menjarakkan jurang mata kepada tiga andai mereka mampu menewaskan lawan liat, Sevilla di Estadio Ramon Sanchez awal pagi esok.
Bagaimanapun bukanlah tugas yang mudah buat skuad bimbingan Frank Rijkaard untuk menjinakkan musuh ketat itu lebih-lebih lagi diperkuatkan dengan kehadiran mesin golnya, Luis Fabiano yang telah meledak 16 jaringan dalam liga setakat ini.
Berdasarkan rekod, Sevilla telah memenangi lapan daripada 11 perlawanan di tempat sendiri musim ini termasuk kemenangan 2-0 ke atas pendahulu liga, Real Madrid.
Justeru itu, pertahanan Barca patut berwaspada dengan ketajaman penyudah penyerang Brazil itu
yang kini mendahului senarai penjaring gol. Fabiano juga telah menjaring empat gol dari tiga perlawanan terakhirnya.
Tambahan pula jurulatih Sevilla, Manolo Jimenez tentunya ingin membalas dendam kekalahan kepada Barca pada saingan Piala Raja Sepanyol, baru-baru ini selain memungut mata untuk meraih slot ke Liga JUara-Juara musim depan.
Dalam perkembangan berkaitan penyandang juara, Real Madrid dijangka tidak menghadapi kesulitan menewaskan Valladolid di Santiago Bernabeu, esok.
Saturday, February 9, 2008
Liga Primera Sepanyol: Misi sukar Barca rapati Real Madrid
Artikel BolaCyber at 8:37 PM
Kategori: Barcelona, Liga Sepanyol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment