Real Madrid (1) lwn AS Roma (2) | FC Porto (1) lwn Schalke 04 (0) |
DUA pasukan bekas juara, FC Porto dan Real Madrid gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila disingkirkan oleh Schalke dan AS Roma pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang gol dapat dihasilkan walaupun Porto beraksi dengan 10 pemain pada keseluruhan masa tambahan untuk memaksa perlawanan ditentukan menerusi tendangan penalti.
Penjaga gol, Manuel Neuer muncul wira Schalke apabila menyelamatkan tiga tendangan berturut-turtu daripada pemain Porto untuk mengesahkan kemenangan kelab Jerman itu dengan keputusan 4-1.

Kesukaran Madrid mula terasa apabila pertahanannya, Pepe diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-71 kerana mengasari Mirko Vucinic.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Roma apabila dua minit selepas itu mereka berjaya memecah kebuntuan gol menerusi pemain tengahnya, Rodrigo Taddei.
Bagaimanapun ketua pasukan Madrid, Raul Gonzalez memberikan kelegaan buat tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas gol sulung Roma.
Namun begitu, Roma kembali mendahului tuan rumah apabila tandukan Vucinic pada masa kecederaan yang berpunca daripada sepakan percuma Christian Panucci gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Iker Casillas untuk memastikan kemenangan mutlak Roma dan membawa kelab itu mara ke suku akhir.
2 comments:
congrats to AS Roma fans. For Real Madrid : maybe next year.
Sabar je lah peminat2 Madrid, nampaknya bukan rezeki lagi tahun ni.. dah 5 tahun tersingkir awal. malang.. malang..
Post a Comment