Sunday, March 16, 2008

Liga Sepanyol: Madrid terus dirundung malang


GOL sendiri daripada pemain pertahanan, Pepe menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah, Deportivo La Coruna ketika kelab itu membenam juara bertahan Liga Sepanyol, Real Madrid di Riazor pada saingan awal pagi tadi.

Real Madrid yang kecundang kepada AS Roma pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu bagaimanapun kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 62 mata daripada 28 perlawanan, lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Barcelona.

Bagaimanapun skuad bimbingan Frank Rijkaard itu berupaya mengurangkan jurang mata andai menewaskan Almeria, awal pagi esok.

Gol tunggal perlawanan itu hadir susulan gerakan Felipe yang melepasi pemain Madrid, Miguel Torres. Felipe yang cuba menghantar bola kepada rakan sepasukannya bagaimanapun berjaya ditahan Pepe, sayangnya bola berkenaan menerjah ke gawang Marid tanpa diduga penjaga golnya, Iker Casillas.

1 comment:

Bolanisti said...

Kasihan sangat Real Madrid. Hati-hati, Barca bisa menyusul sewaktu-waktu.