Tuesday, March 4, 2008

Liga Juara-Juara: Man U - Lyon

Manchester United (1) lwn Olympique Lyon (1)
(Old Trafford, 3.45 pagi esok)

GOL lewat menerusi Carlos Tevez memberikan United sedikit kelebihan menjelang perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford, awal pagi esok.

Melepaskan gol penyamaan di minit akhir perlawanan bakal menyulitkan hasrat Lyon untuk melangkah ke peringkat seterusnya, tambahan pula United tidak pernah tewas kepada mana-mana kelab Perancis pada Kejohanan Eropah di padang sendiri.

United juga mempunyai rekod cemerlang di Old Trafford pada kempen Liga Juara-Juara musim ini. Skuad bimbingan Alex Ferguson itu hanya dibolosi sekali sahaja dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan di tempat sendiri musim ini.

Dan, dengan peraturan jaringan di tempat lawan, United akan turun di Old Trafford sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

No comments: